Tarikh-tarikh penting

Tajuk Tarikh Mula Tarikh Tamat Status
Kemasukan Semester II, Sesi 2018/2019
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA LEPASAN STPM/SETARAF SECARA AUTONOMI 03-12-2018 12:00 PM 09-12-2018 05:00 PM TUTUP

Panduan Permohonan

PENGUMUMAN PENTING!

Permohonan kemasukan semester II, Sesi 2018/2019 untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya boleh dibuat di Laman Web https://myum-id.um.edu.my.

Permohonan dibuka pada 3.12.2018 Jam 12.00 Tengah Hari dan akan ditutup pada 9.12.2018 jam 5.00 Petang.

Harap maklum bahawa pengambilan kemasukan semester II, Sesi 2018/2019 ini hanya dibuka untuk Program Sarjana Muda Undang-Undang Sahaja 

 

PERINGATAN PENTING! 
Permohonan daripada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UA tidak akan dipertimbangkan.

Pastikan anda memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program sebelum membuat permohonan.

 

Sebelum mengisi permohonan

  • Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu. Calon yang pernah mempunyai akaun boleh menggunakan akaun sedia ada.
  • Pastikan anda membaca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian maklumat permohonan
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Maklumat Permohonan
  • Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi, Diploma.
  • Calon lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi bukan tahun semasa, A Level/IB perlu memilih kategori Diploma/Setaraf)

Semasa melengkapkan permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam permohonan
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada permohonan anda
  • Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar)
  • Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar)
  • Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar) 
  • Permohonan yang tidak (Sah & Hantar) tidak akan diproses kerana tidak lengkap
  • Borang permohonan perlu dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem

Selepas mengemukakan permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula borang permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan
  • Calon kategori DIPLOMA/SETARAF perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen kepada Seksyen Kemasukan & Pendaftaran (SKP), Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASC), Bangunan Peperiksaan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 14 Disember 2018.
  • Permohonan calon yang tidak mengemukakan dokumen di bawah akan dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak akan diproses.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Salinan borang permohonan kemasukan pelajar yang dicetak;
    • Salinan kad pengenalan/MyKad calon;
    • Salinan sijil STPM (jika berkaitan);
    • Salinan sijil SPM;
    • Salinan transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir);
    • Salinan Diploma/Sijil A Level/IB;
    • Salinan Sijil MUET;
    • Salinan surat pengesahan tamat pengajian: 
    • Salinan keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (jika ada); dan
    • Salinan cetakan akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti.